Sukacita
dimaklumkan bahawa SMKA Wataniah adalah juga
sama-sama ingin turut serta dengan perkembangan
IT pada masa kini dan seterusnya menyahut
seruan kerajaan untuk turut serta
menjadikan sekolah ini Bestari sepenuhnya dimasa akan datang. Sehubungan
dengan itu pihak sekolah dengan bantuan guru yang mahir dalam bidang IT
telah berjaya menyediakan laman web ini yang diberi nama " WATANET HOMEPAGE".
Semoga laman ini dapat di manafaatkan
oleh pengguna internet samaada pelajar atau guru
atau semua pengunjung. Harapan saya supaya pelajar SMKA
Wataniah akan turut serta mengikuti pekembangan
IT supaya dapat diimbangi ilmu
yang diperolehi. Yang pentingnya ialah
untuk melihat dan melahirkan ilmuan
atau tokoh agama yang seiring
dengan perkembangan IT masa akan datang. Semua ini akan menjadikan umat
Islam yang tidak ketinggan dalam dunia IT yang sedang pesat membangun diserata
dunia.
"Berkhidmat
Untuk Negara"
Sekian
Terima Kasih..
..........................................
Tuan
Haji Zahari Bin Ab Latif
Pengetua
SMKA Wataniah
|