Pengenalan

       Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah telah diasaskan sejak 52 tahun yang lalu. Kini Sudah ramai keluaran dari sekolah ini menjadi tokoh  yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. Walau bagaimanapun, yang ketara adalah dari segi pencapaian akademik nya yang sejak 3 atau 4 tahun kebelakangan ini telah berjaya menunjukkan pencapaian prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan juga SPM. 

Masyarakat  Kelantan khususnya telah mula menunjukkan minat mereka untuk menempatkan anak mereka ke sekolah ini sehingga banyak permohonan terpaksa ditolak. Kelayakan masuk ke sekolah ini telah dinaikkan taraf iaitu calon atau pemohon mestilah mencapai 5A dalam peperiksaan PMR.  Sekolah juga telah dinaikkan taraf kepada kategori sekolah gred "A".

Bangunan Asrama yang baru telah pun siap dengan 2 buah bangunan empat tingkat serta dewan makan yang besar telah digunakan sepenuhnya. Ini menambahkan lagi keselesaan belajar.

Musalla sekolah yang menelan belanja RM500,000.00 sedang dalam perlaksanaan yang mana dananya diperolehi dari sumber ibubapa dan guru serta bantuan dari pihak-pihak tertentu,  sedang hampir disiapkan.