Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah 
18500 Machang, Kelantan. 
  KATA ALUAN

 
Sukacita   dimaklumkan  bahawa  SMKA  Wataniah  adalah  juga  sama-sama  ingin  turut  serta   dengan perkembangan   IT pada  masa   kini  dan  seterusnya  menyahut  seruan   kerajaan  untuk   turut   serta menjadikan sekolah ini Bestari sepenuhnya  dimasa akan datang. Sehubungan dengan itu pihak sekolah dengan bantuan guru yang mahir dalam bidang IT telah berjaya menyediakan laman web ini yang diberi nama " WATANET HOMEPAGE".    Semoga  laman   ini   dapat  di manafaatkan  oleh pengguna internet samaada  pelajar  atau  guru  atau  semua  pengunjung.  Harapan saya supaya pelajar SMKA Wataniah akan  turut  serta mengikuti  pekembangan  IT  supaya   dapat   diimbangi  ilmu   yang  diperolehi.   Yang pentingnya   ialah   untuk   melihat  dan  melahirkan  ilmuan  atau   tokoh   agama   yang  seiring  dengan perkembangan IT masa akan datang. Semua ini akan menjadikan umat Islam yang tidak ketinggan dalam dunia IT yang sedang pesat membangun diserata dunia. 
 
 
"Berkhidmat Untuk Negara" 
 
 
Sekian Terima Kasih.. 
 
..........................................
Tuan Haji Zahari Bin Ab Latif 
            Pengetua 
       SMKA Wataniah