Make your own free website on Tripod.com

FALSAFAH SEKOLAH

Melahirkan insan yang berilmu, berkemahiran dan beramal berlandaskan prinsip-prinsip akhlak mulia yang bersumberkan  Al-Quran dan As.Sunnah serta bertanggungjawab ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

MATLAMAT SEKOLAH

1. Kecemerlangan Akademik.
2.Kecemerlangan Ko-kurikulum.
3.Keunggulan sahsiah dan Berketrampilan
4. Kecekapan pengurusan
5. Kemesraan dan kasih sayang
 

PIAGAM SEKOLAH

Melaksanakan pendidikan yang berkualiti selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara berteraskan falsafah pendidikan Islam.

Membekalkan ilmu keagamaan dan akademik serta keperibadian Islam kepada pelajar untuk membolehkan mereka memainkan peranan berkesan dalam masyarakat.

Melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan keikhlasan serta berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi mencapai produktiviti cemerlang.

Memberi kerjasama kepada semua agensi atas prinsip pemuafakatan, muhabbah dan ukhuwah bagi kepentingan agama, bangsa dan negara.

 

MOTO SEKOLAH
ILMU-IMAN-AMAL
ILMU merupakan teras dalam menentukan kualiti seseorang insan. Dengan ilmu manusia dapat membezakan kebaikan dan keburukan. Dengan berpandukan cogankata suci ini, SMKAW merancang dan melaksanakan segala bentuk pendidikan yang akan diberikan kepada pelajarnya. S.M.K.A.W adalah wadah yang akan melahirkan insan yang memiliki segala ilmu, baik ilmu untuk kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat.
IMAN pula memanrapkan ilmu melahirkan insan yang kamil. iman tidak akan kukuh jika ilmu yang dimiliki tidak sempurna keimanan seseorang akan ditentukan oleh tahap keyakinan kepada ilmu yang dimiliki.
AMAL pula adalah berkesinambungan dengan  ilmu dan iman. Dengan ilmu yang mantap dan iman yang kukuh akan lahirlah amalan-amalan yang benar-benar berkualiti.
Memandangkan kualiti seseorang insan akan rendah jika salah satu daripada tiga perkara tadi cacat maka S.M.K.A.W sentiasa memastikan IMAN-ILMU-AMAL bertunjang kukuh dalam diri setiap pelajarnya.