A. Karangan Berformat
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan
B. Karangan Tidak Berformat
1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa
& TUJUAN ANDA MENGARANG
1. menguji
kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.
& PANDUAN MENGARANG / MENULIS
Sebelum
membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau
kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan
kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca
tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca
karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga
atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang
positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu
pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai
empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan
masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan
lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama
didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi
pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama
panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang
lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid
biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak
terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah
dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan
lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca
surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku
cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.
Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan
yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Tip
Antara kaedah mencari isi
Kaedah I (
pertanyaan ) Kaedah II ( peta minda )
Apa ?
Siapa ?
Bila ?
Mengapa ?
Di mana ?
Bagaimana ?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada
pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu
karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang
sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut
atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.
& CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS
1. Sebelum
menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih
tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ………………
Tuliskan laporan mengenai lawatan
tersebut. )
Contoh :
Perhatikan soalan di bawah ini.
Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan
mengenainya.
Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.
Tip
Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi
kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau
terkeluar daripada tajuk sebenar.
b. Menyusun
rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang
c. Menulis
karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu
satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan
contohnya.
(
Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup
- Tulislah
mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
d. Menyemak
karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada
tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan,
struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara
umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 4 minit mencari isi
b. 24 minit menulis karangan
c. 2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit
Kamu mesti
menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah
melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih
baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.
Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang
panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan
tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu
isi.
Tahukah kamu
?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat
contoh :
Contoh A (
dicadangkan )
"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.
Contoh B (
mengelirukan )
"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu
kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.
& PETUA BILA MENULIS KARANGAN
· Perlu
memahami betul-betul kehendak soalan.
· Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut
mana yang lebih penting.
· Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
· Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
· Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi (
seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
· Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.
& KELEMAHAN KARANGAN
A] Kesalahan
memilih tajuk
· Kesalahan
memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki
oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan.
Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.
B] Kekurangan
isi
· Oleh sebab
kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau
meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama.
Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.
C]
Pembahagian perenggan
· Ada calon
meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak
dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan
untuk satu karangan !
D] Tidak
merangka karangan
· Ada calon
yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka
bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas
dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.
· Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil
mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).
E] Kesalahan
tatabahasa
· Calon perlu
tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat
‘A’.
· Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul.
Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari"
dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai
lagi. Ramai yang tidak
menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan
imbuhan langsung untuk karangannya.
F] Kesuntukan
masa
· Masa
membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon
yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada
masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat
ditulis.
· Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan
baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi.
Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.
G] Kesalahan
lain
· Tidak
mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
· Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
· Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa
Kelantan )
Karangan Jenis Cerita
Pengenalan
Karangan jenis cerita merupakan karangan yang popular dalam UPSR. Dalam UPSR,
karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi.
Ini penting supaya karangan cerita yang dihasilkan tidak terpesong. Untuk
menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah
berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
Tajuk Perbincangan
Kamu telah menyertai pertandingan menulis cerita peringkat sekolah. Tema cerita
yang hendak ditulis hendaklah berkisar peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
Tuliskan cerita itu selengkapnya. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan dengan teliti. Fahamkan tema atau tajuk
cerita yang hendak ditulis. Gariskan maklumat-maklumat yang penting supaya kamu
tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk, kamu bolehlah membuat kerangka karangan.
Sebaik-baiknya, kerangka karangan yang hendak dibuat hendaklah berdasarkan
konsep peta minda. Peta minda ini amat penting sebagai panduan untuk mengarang.
Lihat dan baca contoh peta minda.
Langkah 3
Selepas peta minda telah siap, kamu bolehlah menulis karangan berita yang
lengkap. pastikan ayat yang dibina betul dari segi tatabahasa.
Baca contoh cerita di bawah.
Peristiwa yang Tidak Dapat Dilupakan
Pagi-pagi lagi aku, ibu dan ayah bersiap-siap untuk ke Ipoh menziarah nenek. Aku
gembira kerana sudah lama tidak menemui nenek.
Kami pergi dengan menaiki kereta Proton Waja ayah yang baru dibeli. Ayah memandu
selaju 100 kilometer sejam. Kami berbual-bual sambil makan kuih pau.
Tiba-tiba sebuah lori yang sarat dengan muatan cuba memotong kereta ayah.
Sungguh malang, lori itu gagal memintas lalu bertembung dengan sebuah kereta
yang datang dari hadapan. Ayah pula gagal mengawal kereta lalu melanggar
bahagian belakang lori itu.
Tanpa disedari, kereta ayah terbakar. Aku sempat keluar kerana ditarik oleh
seorang pak cik. Ayah dan ibu terus dimamah api.
Aku menjerit, “Ibu! Ayah!”. Aku dipeluk oleh seorang mak cik. Aku terus
menangis.
Peristiwa itu sungguh menyayat hatiku. Aku tidak akan dapat melupakannya.
Langkah 4
Kamu hendaklah membaca semula karangan itu. Perbetulkan kesalahan tatabahasa.
Antara kesalahan yang perlu dibetulkan ialah kesalahan penggunaan perkataan,
struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.
Latihan:
Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan
tidak melebihi 120 patah perkataan.
1 Tuliskan sebuah cerita bertemakan peristiwa aneh yang pernah kamu baca.
2 Kamu dan beberapa orang rakan kamu telah menemui sebuah dompet yang berisi
wang. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu dan kawan kamu ambil terhadap dompet
itu.
3 Kamu dan beberapa orang rakan kamu sedang memancing di sebatang sungai.
Tiba-tiba kamu mendengar suara jeritan. Ceritakan tindakan yang kamu lakukan
sebaik sahaja mendengar jeritan itu.
Glosari
1. bacin - bau busuk
2. bingkas - bangun dengan cepat
3. bonus - bayaran tambahan
4. boros - tidak hemat
5. cabik - koyak
6. cabai - lada
7. cacamerba - ada pelbagai unsur
8. cagar - barang taruhan
9. calit - tanda seperti cat yang disapu
10. calon - bakal
11. damba - terlalu ingin
12. mendera - seksa
13. fitnah - tuduhan yang diada-adakan
14. gerenti - jaminan
15. gerih - ikan masin
16. golek - guling
17. hajat - niat, maksud
18. hamput - maki
19. kabur - tidak jelas
20. kacak - segak
Karangan
Jenis Laporan.
1.
·
Karangan
jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau
dilihat.
2.
·
Hendaklah
disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
3.
·
Dalam
membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang
munasabah atau lojik.
4.
·
Kamu
perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan,
sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
5.
·
Untuk
laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan,
jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
6.
·
Untuk
laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan
lawatan terhadap pembelajaran.
7.
·
Penulisan
mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
8.
·
Gunakan
bahasa yang ringkas dan padat
Tajuk
Laporan :
Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.
atau ditulis dengan huruf
besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.
Boleh ditulis dalam dua
baris jika tajuk terlalu panjang.
Isi
Laporan:
Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan
pelapor:
Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
Tarikh: Ditulis
di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.
Tandatangan pelapor:Ditulis
di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama
Pelapor:
Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan
Pelapor:
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma dihujungnya
.
Seterusnya:
ditulis nama persatuan yang diwakili
Contoh
Karangan Laporan.
Tajuk
:
Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda
dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan
oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.
Rangka:
1.Pendahuluan:
penubuhan
persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan
2.Isi
a) kegiatan-peraduan
menulis esei tentang sains-pemenang
b) ceramah -pensyarah
dari USM
c) gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah
d) lawatan ke Taman
Ular
3.Penutup
Berterima kasih
kepada guru penasihat.
KARANGAN
Laporan
Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.
Persatuan
Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini
berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun
Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar
dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.
Persatuan ini
telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan
tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami
jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan
terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh
Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.
Kami juga
menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh
pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan
gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman
pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut
mengikut istilah sains.
Pada cuti
penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat.
Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang
penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan
Malaysia di situ.
Pada
keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami
juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak
memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh,
25 Januari 1996
Azmi
_______________
(AZMI
SULAIMAN)
Setiausaha
Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah
Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.
Tajuk
: Sekolah anda telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Anda sebagai
setiausaha Badan Pengawas Sekolah diminta membuat laporan tersebut.
LAPORAN KEMPEN
PENGUNAAN BAHASA BAKU
Pada 15
hingga 22 Februari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah mengadakan Kempen
Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah Besut , Encik Ahmad Harif.
Tujuan kempen
ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa baku di kalangan
murid-murid. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat
pelajar mendalami bahasa kebangsaan.
Sempena
kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-murid Tahun 4, 5
dan 6 pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan.
Manakala bagi murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca
sajak dan bercerita.
Pada hari
penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah
berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberi hadiah
berupa wang tunai dan sijil penghargaan.
Disediakan
oleh,
Osman
……………………
( OSMAN BIN
JUSOH )
Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah
Kebangsaan Darau, Jerteh.
PENGGUNAAN BAHASA
1.
Tatabahasa terdiri daripada beberapa komponen bahasa iaitu fonologi,
morfologi, sintaksis, dan sebagainya.
2.
Bahagian ini menerangkan pembentukan golongan kata, penggunaan
imbuhan, dan pembinaan ayat yang betul.
3.
Kaedah pengajaran disampaikan dalam beberapa bentuk iaitu secara
formal dan tidak formal.
4.
Kesannya pelajar mapu bertutur, membaca, dan menulis karangan
dengan baik.
5.
Penggunaan ayat-ayat yang ringkas, padat dan mudah difahami.
6.
Pelajar turut mempelajari perihal pembentukan perkataan dalam
rangkaikata dan ayat. |
BAB 1: GOLONGAN KATA - Nota |
|
1. KATA NAMA |
|
KATA NAMA KHAS
- ia merujuk kepada manusia, binatang, tempat, dan benda secara
khusus.
- Huruf awal dalam perkataan mestilah menggunakan huruf besar.
- Kata akronim yang dibentuk melalui pencantuman huruf awal beberapa
perkataan jiuga ialah kata nama khas. Contohnya : UMNO, ABIM, RISDA
|
|
KATA NAMA AM
- digunakan untuk menyebut sesuatu secara umum seperti nama orang,
binatang, benda dan tempat. - Kata nama am ditulis menggunakan huruf
kecil kecuali dalam memulakan sesuatu ayat. |
|
KATA NAMA TERBITAN
- ia merupakan kata-kata yang terboit dari kata-kata dasar. - Kata
dasar yang digunakan ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan
adverb. - Kata dasar ini ditambah dengan imbuhan. - Imbuhan kata
nama yang digunakan ialah: -- an, pen - an , per - an , ke - an.
|
|
KATA NAMA TERBITAN DARIPADA KATA NAMA |
|
Kata Nama |
Kata Nama Terbitan |
Imbuhan |
sekolah |
persekolahan |
Per --- an |
rumah |
perumahan |
Pe --- an |
guru |
perguruan |
Per --- an |
|
|
KATA NAMA TERBITAN DARIPADA KATA KERJA |
|
Kata Kerja |
Kata Nama Terbitan |
Imbuhan |
buat |
Perbuatan, pembuat |
Per - an , pem |
duduk |
Kedudukan , penduduk |
Ke - an , pen |
tulis |
Penulisan, tulisan, penulis |
Pe - an, -- an, pen |
|
|
KATA NAMA TERTERBITAN DARIPADA KATA ADJEKTIF |
|
Kata Adjektif |
Kata Nama Terbitan |
Imbuhan |
bodoh |
kebodohan |
Ke - an |
bersih |
Kebersihan, pembersih |
Ke - an, pem |
|
|
KATA NAMA TERTERBITAN DARIPADA KATA ADVERBA. |
|
Kata Adverba |
Kata Nama Terbitan |
Imbuhan |
seluruh |
keseluruhan |
Ke - an |
laju |
kelajuan |
Ke --- an |
|
|
|